19 September 2019. Seminar Construction Technology Update anjuran ADTEC Kemaman dan JPK dengan kerjasama CIDB Terengganu telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 300 peserta terdiri daripada pensyarah TVET bidang Teknologi Pembinaan dan juga kontraktor yang berdaftar dengan CIDB. Sebanyak 4 kertas pembentangan telah disampaikan oleh pembentang daripada UMP, CIDB Terengganu dan Kumpulan Daeng Niaga Sdn. Bhd. Pihak kontraktor yang menyertai seminar ini telah menerima 10 mata CCD daripada CIDB. Penganjuran ini secara tidak langsung telah mempromosikan bidang Teknologi Binaan (Sivil & Struktur) ADTEC Kemaman.