Pada 3/8/2019 ,Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan (KKSK) serta AJK Surau Addin ADTEC Kemaman telah menganjurkan Seminar Penyembelihan Haiwan Ternakan Patuh Syariah.
.
Seminar ini diadakan bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada 11 Ogos ini. Seminar ini telah disertai seramai 300 orang pelajar beserta kakitangan ADTEC Kemaman.
.
Seminar ini dijalankan secara teori dan amali dengan tunjuk ajar oleh Ustaz Zuriakmal bin Mohd Adnan, Bilal Masjid Semayor.