Seramai 5 orang pegawai ADTEC Kemaman yang terdiri daripada 4 orang pegawai dari Bengkel Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara dan seorang pegawai dari Unit CESS telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke ILP Kuala Terengganu pada 17 Jun 2020. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dalam menguruskan Program Persijilan Juruteknik Bertauliah (CSTP) Sektor Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara. InshaAllah, ADTEC Kemaman yang juga merupakan salah sebuah Pusat Latihan Bertauliah (ATC) akan menawarkan program persijilan CSTP ini.
Lawatan ini dimulakan dengan taklimat dan perkongsian ilmu oleh salah seorang Master Trainer CSTP di ILP Kuala Terengganu iaitu Encik Marzuki Bin Mamat. Selepas itu, para pegawai dibawa untuk melihat dan diperkenalkan dengan peralatan terkini yang digunakan untuk kerja-kerja amali sepanjang peserta menjalani Program CSTP.
Pada keseluruhannya, sesi lawatan ini telah mencapai objektif yang disasarkan. Para pegawai amat berpuas hati terhadap taklimat yang diberikan. Oleh itu, diharapkan pengetahuan yang diperolehi sepanjang lawatan ini dapat dijadikan panduan dalam menguruskan Program Persijilan CSTP ini dengan lebih cekap dan berkesan.