Tarikh Temuduga: 20 April 2021 (Selasa)
Masa: 9.00pagi – 4.00ptg
Tempat Ujian Teknikal: Dewan Besar, ADTEC Kemaman
Tempat Temuduga: Bilik VIP, ADTEC Kemaman.
ADTEC Kemaman telah mengadakan sesi temuduga kepada 27 orang calon peserta Program Underwater Welding 2021 pada hari selasa 20 April 2021. Calon temuduga merupakan peserta-peserta yang telah berjaya melepasi ujian saringan fizikal kemahiran renang dan apungan pada bulan Mac 2021 yang lalu. Sebelum ditemuduga, para calon diarahkan menduduki Ujian Teknikal terlebih dahulu kendalian pihak Syarikat Hamdan Abdullah Sdn. Bhd (HASB). Sesi temuduga diteruskan selepas itu dengan kendalian panel-panel diketuai oleh Ketua Pengurus Program Ts. Wan Shaiful Hasrizam dan jurutera mekanikal HASB En.Hafizuddin. Pihak ADTEC terharu dengan kesungguhan ditunjukkan para calon peserta yang berusaha hadir dari jauh pada bulan Ramadan. 10 calon terbaik akan dipilih menyertai program berimpak tinggi yang julung kali diadakan ini.