Gerbang 2019 dibuka dengan gemilang apabila ADTEC Kemaman telah mendapat tempat pertama dalam ‘ILJTM’s League 2018’ bagi kategori A (JMTI & ADTEC). ‘ILJTM’s League’ adalah liga yang mengukur pencapaian ILJTM ke arah mencapai kedudukan terbaik sepanjang tahun. ‘ILJTM’s League’ diperkenalkan pada tahun 2018 oleh YBhg. Datuk Muhd Khair Razman, KP JTM. Hadiah telah disampaikan oleh YB Menteri Sumber Manusia dalam Majlis Sesi Dialog YB Menteri bersama Pengarah-Pengarah ILJTM di Olive Tree Hotel Penang.

Tahniah kepada warga ADTEC Kemaman atas kejayaan cemerlang 2018. Semoga kecemerlangan dapat diteruskan bagi tahun 2019.