Taklimat Pencegahan COVID-19 bagi Pengendalian Kes Bagi Kakitangan/ Pelajar Bergejala telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman. Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Hanis binti Ahmad dari Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman.
Peserta yang terlibat adalah semua pegawai ADTEC Kemaman, beberapa orang wakil daripada ILP Kota Bharu dan ILP Kuantan, pekerja kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan, kontrak perkhidmatan kebersihan & landskap dan kontrak bekalan makanan bermasak islam (dewan makan). Taklimat yang disampaikan meliputi pengetahuan umum berkaitan virus COVID-19, pematuhan SOP semasa dan proses pengendalian sekiranya individu didapati bergejala COVID-19. Dikesempatan sama, Dr. Hanis telah meluangkan masa meninjau pelaksanaan SOP di Bahagian Teknologi Kimpalan.