Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Halim bin Abd Rahman, Pengarah ADTEC Kemaman berkaitan SOP penghantaran pulang pelajar. Taklimat ini bagi memastikan pemandu dan pelajar mematuhi SOP pergerakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pelajar turut dibekalkan dengan ‘facemask’ dan ‘hand sanitiser’ yang disediakan oleh pihak ADTEC Kemaman. Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan (KKSK) turut menyumbang zakat dan bantuan tunai bernilai RM 200 kepada 7 orang pelajar Borneo) dan RM 100 kepada 2 orang pelajar semenanjung yang terlibat.

Penghantaran pulang pertama pelajar ADTEC Kemaman dijadualkan pada 29 April 2020 bagi pelajar ke Kuala Nerus, Terengganu dan Pasir Puteh, Kelantan. Pihak ADTEC Kemaman juga merakam terima kasih kepada pihak ILP Kuala Terengganu atas kerjasama bagi penghantaran pulang seorang pelajar ADTEC Kemaman dari ILP Kuala Terengganu ke Pasir Putih Kelantan.

Penghantaran pulang kedua dijangka melibatkan 7 orang pelajar ke Sabah. Tarikh penghantaran pulang akan diselaraskan kemudian.