Taklimat ‘Radiation Protection’ kepada kakitangan, pelajar serta pekerja kontrak di ADTEC Kemaman telah diadakan pada 12 Mac 2020 di Dewan Kuliah Utama. Taklimat keselamatan ini telah di sampaikan oleh Pegawai Pelindung Sinaran (RPO) ILJTM, En Mohd Hazwan Bin Mansor. Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua warga ADTEC Kemaman kepada aktiviti pelaksanaan Program Amali Pengujian Radiografi yang akan dijalankan pada 15 hingga 19 Mac 2020.