Kakitangan ADTEC Kemaman telah berkampung di Tasik Kenyir pada 2 hingga 4 Mac 2019 bagi mengikuti program ‘Team Building’. Sepanjang 3 hari 2 malam ini, banyak aktiviti yang dijalankan bagi mengeratkan kerjasama dan meningkatkan integriti kendiri semua kakitangan ADTEC Kemaman. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gerak kerja berkumpulan, ‘water confidence’ dan ‘back to nature’. Selain membina jati diri para kakitangan, aktiviti-aktiviti ini juga mampu menghilangkan tekanan di tempat kerja. Di harapkan dengan program ini para kakitangan dapat meningkatkan hasil kerja dan mewujudkan fenomena tempat kerja yang positif.