Latihan intensif persediaan peserta negara ke WSASEAN 2020 bidang Electrical Installation sedang giat dijalankan di Bengkel Teknologi Elektrik Kuasa, ADTEC Kemaman. Pada sesi kali ini, peserta dari ADTEC Kemaman, Sulaimin Bin Daud dan ABM Utara Sintok, Zulkhairi Bin Zubir telah diberikan tunjuk ajar oleh Pakar Negara, En Mazlan bin Abdullah dan Jurulatih Negara, En Mohd Rozi bin Su.