Pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa ADTEC Kemaman, Sulaimin bin Daud telah memenangi pingat gangsa dan wang tunai sebanyak RM 1,500 dalam Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2019 dalam bidang ‘Electrical Installation’. Pengumuman pemenang telah dibuat pada Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2019 yang telah disempurnakan oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia pada 19 November 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .
.
Kejayaan ini telah memahat sejarah tersendiri bagi ADTEC Kemaman dalam WSMB kerana ia merupakan pingat pertama yang telah berjaya diraih semenjak memulakan pengambilan pelajar pertama pada tahun 2014. Lebih manis lagi, kejayaan ini merupakan percubaan kedua bagi pelajar ADTEC Kemaman dalam bidang ‘Electrical Installation’ setelah buat pertama kali menyertainya pada tahun 2018 di bawah didikan En. Mohd Rozi bin Su yang merupakan pengajar di Bahagian Teknologi Elektrik Kuasa. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar dan jurulatih serta semua pihak yang terlibat di atas kejayaan ini.