Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2019 telah diadakan pada 19 – 21 Februari 2019 bertempat di Scout Inn, Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan meliputi aktiviti dalam kelas mahupun aktiviti riadah. Antara aktiviti dalam kelas adalah Bengkel Penulisan Kertas Kerja, Surat Rasmi, Pengucapan Awam, Pengurusan Mesyuarat dan Majlis Rasmi. Ini merupakan aktiviti yang dirangka bagi mendedahkan dan menambah pengetahuan pelajar kepada perkara-perkara berkaitan. Aktiviti merentas halangan, ‘team building’ dan ‘flying fox’ merupakan aktiviti yang dijalankan bagi menerapkan dan mengeratkan kerjasama antara MPP. Diharapkan barisan MPP 2019 ini mampu menunjukkan kepimpinan yang berkesan hasil daripada program ini.