Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Kemaman telah menjalankan aktiviti ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’ di Kalang Warisan, Kuala Terengganu, pada 27 Mac 2021 semasa program Lawatan Majlis Perwakilan Pelajar di Kuala Terengganu. Di samping itu, pelajar juga melakukan pelbagai aktiviti berkumpulan yang mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan MPP.