ADTEC Kemaman turut membantu menyalurkan pengagihan ‘frame face shield’ yang telah dihasilkan oleh ADTEC Jerantut kepada ILP Kota Bharu bagi dibuat pemasangan lengkap sebelum disumbangkan kepada hospital mahupun klinik kesihatan di sana. Sebanyak 500 unit ‘frame face shield’ telah diserahkan kepada wakil ILP Kota Bharu yang datang ke ADTEC Kemaman pada 3 April 2020 untuk menerima pengagihan ini. Semangat kerjasama ini memastikan proses pengagihan berjalan lancar, menjimatkan masa dan kos serta menghadkan tempoh pergerakan keluar seiring dengan PKP yang sedang berkuatkuasa.