ADTEC Kemaman telah menerima sebanyak 1000 unit ‘frame faceshield’ daripada ADTEC Jerantut dan 500 keping ‘transparent film’ daripada Skuad Bantu Terengganu bagi dibuat pemasangan lengkap sebelum diedarkan kepada ‘frontliner’ yang bertugas menangani wabak Covid 19 di kawasan sekitar daerah Kemaman. Terima kasih kepada ILP Kuala Terengganu yang membantu membuat penghantaran ke ADTEC Kemaman. TVET JTM sentiasa berganding bahu tanpa berpeluk tubuh dalam menyumbang sesuatu kepada negara.