Pada 3 Januari 2019 telah diadakan lawatan kunjungan hormat wakil Surau Al Din ADTEC Kemaman ke Pejabat Agama Daerah Kemaman sempena tahun 2019. Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah Program Bersama Masyarakat Orang Asli di Sungai Pergam selain aktiviti tahunan seperti Kursus Kahwin, Pengurusan Jenazah dan Ceramah Agama/ Motivasi. Aktiviti-aktiviti yang dibincangkan merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan di ADTEC Kemaman untuk manfaat para pelajar.