Bahagian Teknologi Binaan ADTEC Kemaman telah menerima kunjungan dari pihak Institut Kemahiran Baitulmal pada 14hb September 2020.Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi idea dan cadangan mengenai program Diploma Teknologi Binaan yang telah dijalankan oleh ADTEC Kemaman. Taklimat khas telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Mekanikal & Sivil mengenai perjalanan program Diploma Teknologi Binaan dan struktur kurikulum yang digunapakai. Sesi perkongsian idea ini diakhiri dengan sesi lawatan ke dalam bengkel untuk melihat peralatan yang digunakan untuk program tersebut.