10 November 2022. Lawatan sambil belajar pelajar Semester 5 Diploma Teknologi Binaan (Sivil & Struktur) ke tapak projek Bertam Heights, Melaka. Tapak projek ini dibangunkan oleh pemaju Teladan Setia Berhad yang mana ianya merupakan projek pembinaan perumahan berkonsepkan gated & guarded. Ianya berkeluasan 500 ekar yang mana mengandungi beberapa fasa pembinaan. Untuk fasa 1, ianya dibuat secara konvensional sahaja manakala bagi fasa 2, ianya dibuat menggunakan sistem IBS dan juga mengaplikasikan ‘green energy’ iaitu penggunaan tenaga solar sebagai sistem bekalan elektrik serta menggunakan sumber air hujan untuk kegunaan luaran kediaman. Keseluruhan fasa projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028. Pengurus projek Teladan Setia, Encik Victor banyak berkongsi pengalaman antaranya permasalahan yang sering berlaku di tapak serta jenis-jenis sistem perpaipan (bekalan, air permukaan dan air kumbahan). Semoga para pelajar dan pengajar beroleh ilmu dan manfaat hasil dari lawatan tersebut.