Lawatan sambil belajar pelajar Diploma Teknologi Binaan (Sivil & Struktur) ke Menara Berkembar Petronas pada 9 November 2022. Tujuan lawatan adalah untuk melihat struktur binaan mega bangunan berkembar tertinggi di dunia. Menara berkembar ini diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Dr Mahathir Mohamad dan mula dibina pada tahun 1993 dan telah siap dibina keseluruhannya pada tahun 1998. Ia dirasmikan pada tahun 1999. Menara ini merangkumi 88 tingkat dengan ketinggian keseluruhan 452m. Lawatan dimulakan dengan sesi penerangan oleh pegawai Petronas sebelum naik ke skybridge (tingkat 41). Seterusnya peserta lawatan dibawa ke tingkat 86. Semoga peserta lawatan mendapat ilmu & manfaat hasil dari lawatan tersebut.