Tempat: Surau Kg. Bukit Kolam, Ajil, Terengganu
Tarikh: 4 Februari 2018

04.02.2018 – Lawatan Team CSR ADTEC Kemaman ke Surau Kg. Bukit Kolam, Ajil, Terengganu bagi memeriksa dan penyediaan spesifikasi bagi projek khidmat masyarakat (CSR) ADTEC Kemaman iaitu projek pendawaian semula bekalan elektrik di Surau Kg. Bukit Kolam, Ajil, Terengganu. Pendawaian sediaada yang berusia melebihi 40 tahun telah mengalami banyak kerosakan dan penyambungan kabel yang berisiko. Kerja-kerja pendawaian semula ini akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar kursus Diploma Tek. Elektrik Kuasa bersama tenaga pengajar dan dijangka akan diadakan pada 23 & 24 Februari 2018.