Program CSR Pasca Banjir ini melibatkan ILJTM Pantai Timur iaitu ADTEC Kemaman, ILP Kuala Terengganu & ADTEC Jerantut bersama Bank Islam pada 8 Januari 2022 di Bentong, Pahang.
ADTEC Kemaman telah menghantar 3 orang tenaga pengajar bersama 10 orang pelajar dari Bahagian Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara & Bahagian Teknologi Elektrik Kuasa. 9 buah rumah & sebuah surau telah di bantu. Antaranya adalah membaikpulih pendawaian & soket elektrik serta membaikpulih peralatan elektrik yang rosak akibat banjir. Tahniah diucapkan kepada semua pegawai & pelajar yang terlibat.