Program khidmat masyarakat gotong royong membersih pantai Penunjuk, Kijal, Terengganu sempena Minggu Siraturahim (MSR) sesi 1/2018. Program ini diadakan untuk menanam sifat cintakan kebersihan dan hargai keindahan alam ciptaan Allah SWT dikalangan para pelajar serta kakitangan ADTEC Kemaman. Program ini diadakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman, Pejabat ADUN Kijal, ILP Kuantan dan SMK Badrul Alam Shah.