Tempat: Sekolah Raudhah Tahfizdul Quran Kerteh, Terengganu
Tarikh: 20-24 Februari 2018

Program selenggara Elektrik di Sekolah Raudhah Tahfizdul Quran Kerteh, Terengganu oleh 10 orang pelajar Diploma Teknologi Elektrik Kuasa,ADTEC Kemaman bersama 3 orang tenaga pengajar pada 20-24 Februari 2018. Program ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Giat Mara Negeri Terengganu. Tujuan program selenggara elektrik diadakan untuk memastikan pendawaian dan keselamatan peralatan yang digunakan memenuhi piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Tenaga.