Pada 5 Mei 2021, Tuan Pengarah, Tuan Haji Abdul Halim bin Abd Rahman bersama Pengerusi Kelab Kebajikan Sukan Kakitangan (KKSK), En Wan Shaiful Hasrizam bin Wan Muda serta beberapa orang warga ADTEC Kemaman telah turun padang untuk menyerahkan bantuan Tabung Bencana Kebakaran. Sumbanagn ini merupakan salah satu usaha murni ke arah pelaksanaan ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) kepada komuniti setempat, bagi membantu ahli komuniti serta qariah Masjid Kg. Payoh, En. Yahya Ghani, yang telah ditimpa bencana kebakaran rumah pada 25 April 2021. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh beliau. Ribuan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga ADTEC Kemaman di atas sumbangan ikhlas yang diberikan dan semoga segala usaha murni ini diberkati Allah S.W.T. jua.