Pengenalan Institut

Pusat Latihan Tinggi Teknologi Kemaman atau singkatannya ADTEC Kemaman ditubuhkan di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) Malaysia. Pusat latihan ini terletak kira-kira 22.5km dari Bandar Chukai.Ianya dibina di atas tapak seluas 100 ekar di Kampung Payoh, Kemaman, Terengganu. ADTEC Kemaman telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2010.…