AKTIVITI KECERIAAN

15 dan 17 September 2019 Bahagian Teknologi Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti telah menyiapkan kerja-kerja mengecat mural di Taska ADTEC Kemaman. Aktiviti ini bukan sahaja sebagai aktiviti pembelajaran malahan mampu menyumbang kepada keceriaan persekitaran ADTEC Kemaman.

PROGRAM DERMA DARAH SESI 2/2019

Program rutin Menderma Darah yang diadakan pada setiap sesi latihan di ADTEC Kemaman dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah telah berjaya mengumpulkan 90 pain darah untuk program yang telah dijayakan pada hari Ahad, 28 Julai 2019. Program ini diadakan di Dewan Besar, ADTEC Kemaman telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada para pelajar, kakitangan termasuk…

PROGRAM LESTARI KOMUNITI & ALAM SEKITAR

Seramai 42 orang pelajar serta kakitangan ADTEC Kemaman telah menyertai Program Lestari Komuniti & Alam Sekitar di Zoo Kemaman, Sungai Ibok dan Kampung Yak Yah, Kemaman, Terengganu pada 1 Mei 2019. Program ini dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama IPTA & IPTS daerah Kemaman, NGO-NGO dan masyarakat Daerah Kemaman.