Program CSR membersihkan Pantai Teluk Kalong

Program CSR membersihkan Pantai Teluk Kalong, Kemaman pada 15 Oktober 2022 merupakan satu projek pelajar di bawah modul ‘Project Implementation’ oleh Bahagian Teknologi Instrumentasi yang melibatkan 25 orang pelajar semester akhir. Program ini telah dirasmikan oleh Ts. Ismawi bin Ismail, Ketua Jabatan Elektrikal dan Instrumentasi. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pengajar yang terlibat.

ADTEC Kemaman bersama komuniti setempat

ADTEC Kemaman bersama komuniti setempat telah berjaya aplikasikan kemahiran dalam bidang elektrikal dan sivil untuk membantu masyarakat semasa menjalankan gotong royong di Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh, Kemasik, Terengganu pada 15 Oktober 2022. Kerja-kerja pembaikan lampu, kipas serta mengecat ini dijalankan oleh 15 orang pelajar bidang Elektrik Kuasa, Sivil & Struktur serta Penyejukbekuan & Penyamanan Udara…

PROGRAM DERMA DARAH

Program Derma Darah bagi sesi 2/2022 telah diadakan pada 24 Ogos 2022 bertempat di Dewan Besar, ADTEC Kemaman. Program anjuran Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, dijadualkan bermula jam 10 pagi hingga 3 petang. Diakhir program, pihak HSNZ mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga ADTEC Kemaman atas…