Pengenalan Institut
Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia Kampus Kemaman atau singkatannya ADTEC JTM Kampus Kemaman ditubuhkan di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) Malaysia. Pusat latihan ini terletak kira-kira 22.5km dari Bandar Chukai. Ianya dibina di atas tapak seluas 100 ekar di Kampung Payoh, Kemaman, Terengganu. ADTEC JTM Kampus Kemaman telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2010. Secara umumnya ADTEC JTM Kampus Kemaman merupakan agensi kerajaan pusat yang bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sijil bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran terutamanya dalam bidang Sivil, Mekanikal dan Elektrikal.
Selaras dengan visi untuk menjadi intitusi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing, ADTEC JTM Kampus Kemaman terus melangkah maju ke hadapan bagi merealisasikan misinya untuk melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing di era globalisasi ini.
Visi
- Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing
Misi
- Mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing
Objektif
- Untuk melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara
- Untuk meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan dengan berkesan ke arah pembangunan negara
- Untuk memudahkan para lepasan sekolah mendapatkan pekerjaan dengan melengkapkan mereka dengan latihan kemahiran perindustrian yang sistematik
Perutusan Pengarah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua Pensyarah dan warga kerja di ADTEC JTM Kampus Kemaman. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembangunan Laman Web ADTEC JTM Kampus Kemaman sehingga berjaya menyediakan satu platfom untuk rujukan kepada pengunjung dalam mendapatkan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan di ADTEC JTM Kampus Kemaman. Sebagai sebuah Institusi Latihan dan Pembelajaran yang berperanan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian Negara. ADTEC JTM Kampus Kemaman sangat komited untuk memastikan segala maklumat yang berkaitan dengan Program Latihan dapat disampaikan dengan cepat, tepat dan berkesan, sekaligus memperkukuhkan dan memperkasakan lagi pengendalian Program Latihan selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Oleh itu, sebarang bentuk jalinan kerjasama amatlah dialu-alukan dan harapan saya agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dalam usaha menjayakan Agenda Transformasi Negara dan pada masa yang sama membolehkan ADTEC JTM Kampus Kemaman wujud sebagai sebuah Institusi Latihan yang sentiasa unggul dan berdaya saing di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Ts. Zamzuri bin Hassan​
Pengarah ADTEC JTM Kampus Kemaman
- Menjelaskan semua tuntutan bil-bil bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
- Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan dan memberi maklumbalas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Membayar elaun saku kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya.
- Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa 2 minggu selepas tarikh akhir mesyuarat jawatankuasa kecil peperiksaan dan persijilan..
- Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit.


