Melatih Tenaga Mahir Masa Depan

ADTEC JTM Kampus Kemaman di bawah Kementerian Sumber Manusia, menawarkan latihan teknikal bertaraf industri bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Slide
Melatih Tenaga Mahir
Masa Depan
Adtec Jtm Kampus Kemaman, di bawah Kementerian Sumber Manusia, menawarkan latihan teknikal bertaraf industri bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Profil

Pengenalan Institut

Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia Kampus Kemaman atau singkatannya ADTEC JTM Kampus Kemaman ditubuhkan di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) Malaysia. Pusat latihan ini terletak kira-kira 22.5km dari Bandar Chukai. Ianya dibina di atas tapak seluas 100 ekar di Kampung Payoh, Kemaman, Terengganu. ADTEC JTM Kampus Kemaman telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2010. Secara umumnya ADTEC JTM Kampus Kemaman merupakan agensi kerajaan pusat yang bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sijil bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran terutamanya dalam bidang Sivil, Mekanikal dan Elektrikal.

Selaras dengan visi untuk menjadi intitusi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing, ADTEC JTM Kampus Kemaman terus  melangkah maju ke hadapan bagi merealisasikan misinya untuk melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing di era globalisasi ini.

Visi

Misi

Objektif

Perutusan Pengarah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke portal rasmi Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) JTM Kampus Kemaman.
Dunia hari ini menuntut perubahan pantas dalam sektor industri. Di ADTEC Kemaman, kami memahami bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah kunci utama kepada pemerkasaan ekonomi negara.
Sebagai sebuah institusi peneraju di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM), ADTEC Kemaman komited menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi. Kami sentiasa memastikan program latihan dan fasiliti kami kekal relevan, selaras dengan keperluan dinamik industri semasa.
Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama yang berani. Di ADTEC Kemaman, kami komited untuk mencungkil potensi dan membentuk masa depan anak-anak muda melalui kemahiran teknikal yang bernilai tinggi. melahirkan modal insan yang bukan sahaja mahir, malah lincah serta berdaya saing tinggi.
Portal ini berfungsi sebagai jambatan digital bagi menghubungkan anda dengan program-program latihan, kemudahan makmal impak tinggi, dan inovasi yang kami hasilkan. Sama ada anda bakal pelajar yang ingin membina masa depan, atau rakan industri yang mencari bakat terbaik, ADTEC Kemaman sedia menjadi rakan strategik anda.
Akhir kata, saya berharap portal ini dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai potensi dan peranan institusi ini. Saya mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kami.
Mari bersama-sama memartabatkan TVET sebagai pilihan utama demi masa depan yang lebih gemilang.
Selamat melayari portal kami, dan selamat datang ke komuniti warga mahir ADTEC Kemaman.

Ts. Ahmad Iskandar bin Ahmad

Pengarah ADTEC JTM Kampus Kemaman

Nama : Nil

Chief Information Officer (CIO)

Telefon : 03-88865438
Email : Nil

Kongsi
Skip to content