14 Disember 2025 | Delegasi ADTEC JTM Kampus Kemaman yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Nor bin Dollah, bersama ahli Jawatankuasa Dron, telah mengadakan kunjungan hormat ke East Coast Drone Malaysia (ECDM) di Kuala Terengganu, Terengganu. Ketibaan delegasi telah disambut oleh En. Adli Zulkifli selaku Race Director dan pegawai dari ECDM.
Sesi perbincangan rasmi ini memberi tumpuan kepada penerokaan peluang kerjasama strategik, khususnya dalam aspek penganjuran sukan udara, pembangunan kemahiran teknikal, serta perkongsian kepakaran dalam bidang Drone Racing.
Pihak ADTEC JTM Kampus Kemaman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ECDM atas layanan profesional, sambutan mesra, dan komitmen tinggi dalam meneroka potensi kerjasama strategik demi manfaat bersama.
“𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔”
“𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏”









