Training a Skilled Workforce for the Future

ADTEC JTM Kemaman Campus, under the Ministry of Human Resources, offers industry-standard technical training to meet the demand for a highly skilled workforce.

 

Slide
Melatih Tenaga Mahir
Masa Depan
Adtec Jtm Kampus Kemaman, di bawah Kementerian Sumber Manusia, menawarkan latihan teknikal bertaraf industri bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Taklimat Reka Bentuk Latihan Kakitangan Menggunakan Sistem Tips

Taklimat Reka Bentuk Latihan Kakitangan Menggunakan Sistem Tips

Satu sesi Taklimat Reka Bentuk Latihan Kakitangan menggunakan TVET Instructor eProfiling System (TiPS) telah berjaya dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman berkaitan perancangan dan reka bentuk latihan kakitangan secara lebih sistematik dan berstruktur.

Taklimat ini turut memberi penekanan terhadap penggunaan Sistem TiPS sebagai platform sokongan dalam merancang, merekod dan memantau pembangunan kompetensi kakitangan selaras dengan keperluan semasa organisasi.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah berikut:

👩‍🏫 Ts. Razidah binti Sagap
👩‍🏫 Pn. Rabiatul Husna binti Mohamed
📅 Tarikh : Ahad, 14 Disember 2025
🕤 Masa : 9.30 pagi
📍 Lokasi : Bilik Mesyuarat Utama, ADTEC JTM Kampus Kemaman

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah serta semua pegawai dan kakitangan yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi berlangsung. Semoga ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkasa perancangan latihan dan pembangunan kompetensi kakitangan.

“𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔”
“𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏”

 

Share