Pada 19 September 2023, 10 orang pelajar semester 4 bersama dengan 2 orang pengajar dari Bengkel Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara telah mengadakan aktiviti CSR Penyelenggaraan Penyaman Udara di SMK Seri Cheneh, Kemaman. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran yang telah dipelajari disamping dapat membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar merasai pengalaman kerja di lapangan. Menerusi program ini, diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh warga SMK Seri Cheneh dan ucapan terima kasih juga diucapkan pada pihak sekolah kerana bersama sama menjayakan program ini.















