Melatih Tenaga Mahir Masa Depan

ADTEC JTM Kampus Kemaman di bawah Kementerian Sumber Manusia, menawarkan latihan teknikal bertaraf industri bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Slide
Melatih Tenaga Mahir
Masa Depan
Adtec Jtm Kampus Kemaman, di bawah Kementerian Sumber Manusia, menawarkan latihan teknikal bertaraf industri bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
CSR Wira Kesuma “Plogging Sampah Bersama Pelajar ADTEC JTM Kampus Kemaman Dan Geng Plastik Ija”

CSR Wira Kesuma “Plogging Sampah Bersama Pelajar ADTEC JTM Kampus Kemaman Dan Geng Plastik Ija”

Program anjuran BPPL dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berkolaborasi bersama Geng Plastik Ija hadir untuk membersihkan kawasan Pantai Jeti Awana Kijal.

Program disertai oleh 40 orang pelajar dan 6 orang pegawai ADTEC JTM Kampus Kemaman. Turut bersama, Timbalan Pengarah Latihan ADTEC JTM Kampus Kemaman, Encik Hamdan bin Hashim dan Ketua Jabatan Elektrikal & Instrumentasi, Encik Ismawi bin Ismail. Program bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi.

Selesai plogging, sampah ditimbang dan akhirnya kita berjaya mengumpul 435 kilogram sampah yang terdiri daripada botol plastik & sampah lain. Tahniah semua di atas sumbangan tenaga yang diberikan.

“Kutip..kutip..kutip..lama-lama jadi bersih”

Share