ADTEC JTM Kampus Kemaman telah mengadakan sesi perbincangan secara dalam talian bersama wakil Mitsubishi Elevator Sdn. Bhd.
Perbincangan ini memberi fokus kepada cadangan sumbangan peralatan lif dan eskalator daripada pihak Mitsubishi Elevator Sdn Bhd bagi menyokong pelaksanaan latihan di ADTEC JTM Kampus Kemaman.
Turut dibincangkan ialah cadangan pelaksanaan Program Akademi Dalam Industri (ADI) bersama pihak Mitsubishi serta peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh pembangunan kemahiran dan latihan berimpak tinggi.









