Melatih Tenaga Mahir Masa Depan

ADTEC JTM Kampus Kemaman di bawah Kementerian Sumber Manusia, menawarkan latihan teknikal bertaraf industri bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Slide
Melatih Tenaga Mahir
Masa Depan
Adtec Jtm Kampus Kemaman, di bawah Kementerian Sumber Manusia, menawarkan latihan teknikal bertaraf industri bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Program CSR ADTEC JTM Kampus Kemaman Di Masjid Kampung Payoh

Program CSR ADTEC JTM Kampus Kemaman Di Masjid Kampung Payoh

ADTEC JTM Kampus Kemaman telah menghantar pelajar–pelajar semester satu (1) Bidang Teknologi Kimpalan seramai 30 orang diketuai oleh En. Zairoyi Bin Hamzah bagi menjalankan program khidmat komuniti (CSR) di Masjid Kampung Payoh, Kemaman Terengganu.

Agenda utama program ini ialah aktiviti mengecat pagar konkrit dan membaiki pintu pagar utama masjid tersebut. Aktiviti tersebut dilakukan bersama jawatankuasa masjid dan penduduk kampung bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Kerja dimulakan dengan pembersihan kawasan seterusnya proses mengecat dijalankan. Cuaca baik telah membantu kelancaran kerja. Terima kasih kepada semua pelajar yang telah berkorban masa dan menyumbang tenaga serta kepada AJK Masjid Kg Payoh dia atas kerjasama.

Share