04 Disember 2025 | Program CSR Wira Kesuma 2025 telah diadakan p di Pantai Telok Kalong, Kemaman lokasi tumpuan rekreasi dan perlancongan khususnya di kalangan peminat sukan luncur air di PAntai Timur. Pelajar Semester Akhir Bahagian Teknologi Kimpalan bersama tiga pensyarah pengiring — En. Mohd Zubir, En. Zairoyi dan Tn. Hj. Asziman telah melaksanakan aktiviti pembersihan sebagai antara rutin pelaksanaan ESG dan tanggungjawab sosial.
Aktiviti berjalan lancar dengan kerjasama pelajar melalui tugasan teratur seperti pengutipan sampah, sisa-sisa kayu dan sampáh bawaan ombak tengkujuh serta pengasingan bahan kitar semula, sehingga persekitaran kembali bersih sepenuhnya.
Program ini menyokong usaha ADTEC membentuk pelajar berdisiplin, peka terhadap alam sekitar dan bermanfaat kepada komuniti.
You Tube >> https://www.youtube.com/@adteckemaman8971














