SUMBANGAN IKHLAS

Pada 5 Mei 2021, Tuan Pengarah, Tuan Haji Abdul Halim bin Abd Rahman bersama Pengerusi Kelab Kebajikan Sukan Kakitangan (KKSK), En Wan Shaiful Hasrizam bin Wan Muda serta beberapa orang warga ADTEC Kemaman telah turun padang untuk menyerahkan bantuan Tabung Bencana Kebakaran. Sumbanagn ini merupakan salah satu usaha murni ke arah pelaksanaan ‘Corporate Social Responsibility’…

AKTIVITI MPP

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Kemaman telah menjalankan aktiviti ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’ di Kalang Warisan, Kuala Terengganu, pada 27 Mac 2021 semasa program Lawatan Majlis Perwakilan Pelajar di Kuala Terengganu. Di samping itu, pelajar juga melakukan pelbagai aktiviti berkumpulan yang mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan MPP.

Program Corporate Social Responsibility (CSR)

Program Corporate Social Responsibility (CSR) ‘Beach Cleaning’ anjuran Kelab Bahasa Inggeris ADTEC Kemaman telah dilaksanakan pada 21 Mac 2021 di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman. Program yang melibatkan 49 orang peserta dari Bahagian Teknologi Instrumentasi dan Bahagian Teknologi Penyelenggaraan Bangunan & Fasiliti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar kepada komuniti serta menggalakkan daya…