Spesimen Underwater Welding Qualification Test

Ujian Mekanikal bagi spesimen Underwater Welding Qualification Test telah dilaksanakan di Nusatek Technologies Sdn Bhd, Shah Alam. Ujian melibatkan ‘Side Bend Test’ dan ‘Macro Etching Test’. Ujian ini telah dihadiri oleh En. Wan Shaiful dan En. Zahari selaku wakil ADTEC Kemaman bersama-sama wakil DNV dan HASB.

Lawatan Sekitar Bandar Chukai

13 September 2022: Pada hari kedua kunjungan, wakil daripada Oyama College telah dibawa untuk melawat sekitar bandar Kemaman dan tempat-tempat menarik yang ada berkaitan dengan bidang seni bina. Antara tempat yang dilawati ialah Rumah Jambi, Pasir Gajah dan Masjid Kg Tuan, Chukai.

Kunjungan wakil National Institute of Technology, Oyama College

ADTEC Kemaman telah menerima kunjungan daripada wakil National Institute of Technology, Oyama College iaitu Dr. Eng. Samm Ann Rahok. Kunjungan ini bertujuan berbincang lebih lanjut berkaitan kerjasama antara dua institut, memantau fasiliti dan persekitaran ADTEC Kemaman. Pada hari pertama, ADTEC Kemaman telah menyambut Mr. Rahok dengan pengenalan kepada ADTEC Kemaman dan lawatan ke semua fasiliti…