LAWATAN KV KEMAMAN

3 September 2019: Majlis Perwakilan Pelajar ADTEC Kemaman telah menerima lawatan daripada Kolej Vokasional Kemaman. Seramai 37 orang wakil MPP Kolej Vokasional Kemaman dan 16 orang ahli MPP ADTEC Kemaman menyertai progam itu. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengadakan diskusi dan berkongsi idea mengenai pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar antara institut.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2019

29 Ogos 2019- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Majlis Sambutan Kemerdekaan bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-62. . Banyak aktiviti yang telah dijalankan antaranya Pertandingan sudut kemerdekaan, Pertandingan Debat Kemerdekaan dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik. . Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan telah diadakan dengan meriahnya di Dewan Besar ADTEC Kemaman. . Tahniah kepada semua pelajar yang…