Kejohanan Futsal Terbuka Pelajar 2019

Pasukan Futsal ADTEC Kemaman telah menyertai Kejohanan Futsal Terbuka Pelajar 2019 di Arena Sport Centre, Kuala Terengganu pada 18 Oktober 2019. Kejohanan ini disertai oleh 54 pasukan dikalangan IPTA/IPTS serta sekolah. Pasukan ADTEC Kemaman telah berjaya menjadi Naib Johan selepas tewas tipis 2-1 kepada pasukan dari Politeknik Kuala Terengganu dalam aksi Final yang mendebarkan. Syabas…

PERKHEMAHAN APM

Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) telah berjaya melaksanakan perkhemahan anggota pelatih Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ADTEC Kemaman selama 3 hari 2 malam yang diadakan di tapak perkhemahan Chemerong , Dungun. Aktiviti ini diadakan pada 10 – 12 Oktober bagi meningkatkan semangat pelatih sebagai anggota penyelamat sekaligus memantapkan lagi ko-kurikulum pelajar di ADTEC Kemaman.

KUNJUNGAN HORMAT KE UPEN

9 Oktober 2019, 11pagi : Sesi lawatan kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) bagi memperkenalkan fungsi dan aktiviti latihan yang dijalankan di ADTEC Kemaman serta membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan bersama Kerajaan Negeri Terengganu dalam memperkasakan modal insan.