MAJLIS PENGUCAPAN AWAM 2019

Pada tahun ini seramai 50 orang pelajar telah dicalonkan sebagai calon Majlis Perwakilan Pelajar. 50 orang calon ini telah melalui saringan pertama iaitu melalui proses temuduga. Sesi temuduga telah dijalankan pada 24 Januari 2019 di Pusat Sumber. Selepas proses temuduga ini hanya seramai 28 orang calon telah terpilih untuk melalui proses seterusnya iaitu proses berkempen.…

AKTIVITI SIHAT WARGA ADTEC KEMAMAN

Selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri, Pengurusan ADTEC Kemaman telah menetapkan aktiviti berjalan kaki mengelilingi ADTEC Kemaman sejauh 1.2km pada setiap Ahad jam 8:00 pagi, bermula pada 27 Januari 2019. Diharapkan agar aktiviti ini dapat memupuk budaya hidup sihat dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan kerja dan mengukuhkan silaturrahim dikalangan kakitangan serta pelajar ADTEC Kemaman.

KAYUHAN KIJAL SEJAHTERA

Kayuhan Kijal Sejahtera diadakan pada 26 Januari 2019 telah disertai oleh 14 orang kakitangan ADTEC Kemaman. Kumpulan Pengayuh Basikal ADTEC Kemaman telah diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Nuzi bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan). Menyertai Program ini dapat merapatkan hubungan ADTEC Kemaman bersama komuniti serta agensi-agensi di Daerah Kemaman dan memperkenalkan ADTEC Kemaman kepada masyarakat…