Kursus Air-Conditioner Certified Technician (ACCT) DAIKIN (Cleaning)

03 Sept 2022, ADTEC Kemaman telah mengendalikan Kursus Air-Conditioner Certified Technician (ACCT) DAIKIN (Cleaning) kepada 7 orang peserta industri. Kursus ini dijalankan di bawah program kerjasama JTM-DAIKIN. Para peserta dilatih untuk menyelenggara penghawa dingin jenama DAIKIN oleh pengajar bertauliah menggunakan prosedur yang betul seperti garis panduan ditetapkan oleh pengeluar demi menjamin kefungsian dan prestasi produk…

LAWATAN KOLABORASI KE PROTON GLOBAL SERVICES

ADTEC Kemaman diketuai Pengarah Tn. Hj. Abdul Halim Abd Rahman bersama Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Unit Korporat dan Ketua Bahagian Teknologi Automotif telah bertandang ke Proton Global Services (PGS) di Subang Jaya, Selangor. Delegasi disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PGS Mr. Lee Yeet Chuan dan beberapa kakitangan. Perbincangan dimulai dengan presentasi oleh pihak PGS. Penerangan…

GOTONG-ROYONG BUBUR ASYURA

Bahagian Pengajian Am bersama Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jawatankuasa Surau dan Kelab Kebajikan & Sukan (KKSK) ADTEC Kemaman telah menjayakan program gotong-royong memasak bubur asyura pada 28 Ogos 2022 untuk diagihkan kepada semua warga ADTEC Kemaman. Program ini dijalankan bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara semua warga ADTEC Kemaman.