KURSUS PERSONEL GREEN CARD

Bahagian Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal (BTPM) ADTEC Kemaman menganjurkan Kursus Personel Green Card CIDB. Kursus ini telah disertai oleh 29 orang pelajar semester akhir program Diploma Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal dan 6 orang pegawai ADTEC Kemaman. Kursus ini berlangsung selama satu hari di Dewan Kuliah Utama. Taklimat telah disampaikan oleh En Hazihan bin Yusuf daripada CIDB.

BENGKEL PENULISAN LAPORAN PTA

Jawatankuasa Penyelaras Projek Tahun Akhir (PTA) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Laporan Projek Tahun Akhir. Pada tahun ini, seramai 252 orang pelajar telah menyertainya. Taklimat penulisan ini telah disampaikan oleh Ts Dr Ruzlaini binti Ghoni, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrikal & Automasi TATI University College. Semoga bengkel ini mampu memberi manfaat kepada semua pelajar yang terlibat…