MSR SESI 2/2021

Minggu Silaturrahim (MSR) bagi pelajar sesi 2/2021 telah diadakan secara atas talian. Slot Taklimat Pengenalan Minggu Silaturahim (MSR) Sesi 2/2021 Secara Atas Talian dan Taklimat Pengenalan ADTEC Kemaman telah dilaksanakan melalui platform Google Meet. Hampir 100 orang peserta telah menyertai sesi pada hari ini. MSR ‘Online’ Sesi 2/2021 ini berlangsung bermula 3 Ogos hingga 12 Ogos…

SEMINAR PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI

Pada 28 Jun 2021, ADTEC Kemaman menganjurkan sesi Seminar Perkongsian Kepakaran Industri kepada Institusi TVET yang bertajuk “Industrial Instrumentation and Revolution Technology to Industry 4.0” secara atas talian. Seminar ini disertai oleh pengajar bidang Instrumentasi  khususnya. Seminar ini telah dipancarkan secara langsung di facebook ADTEC Kemaman bagi penglibatan semua pelajar institusi TVET dan sesiapa sahaja…

SUMBANGAN IKHLAS

Pada 5 Mei 2021, Tuan Pengarah, Tuan Haji Abdul Halim bin Abd Rahman bersama Pengerusi Kelab Kebajikan Sukan Kakitangan (KKSK), En Wan Shaiful Hasrizam bin Wan Muda serta beberapa orang warga ADTEC Kemaman telah turun padang untuk menyerahkan bantuan Tabung Bencana Kebakaran. Sumbanagn ini merupakan salah satu usaha murni ke arah pelaksanaan ‘Corporate Social Responsibility’…