Kursus Design and Installation Prihoda Fabric Duct

Pengajar dari Bengkel Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, En Syahriman bin Muhammad Kasim terpilih untuk mewakili ADTEC Kemaman menyertai Kursus Design and Installation Prihoda Fabric Duct yang dianjurkan oleh ILP Mersing bersama Prihoda Fabric Duct. Kursus yang diadakan pada 2 dan 3 Mei 2019 bertempat di ILP Mersing ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran tenaga pengajar…

PROGRAM LESTARI KOMUNITI & ALAM SEKITAR

Seramai 42 orang pelajar serta kakitangan ADTEC Kemaman telah menyertai Program Lestari Komuniti & Alam Sekitar di Zoo Kemaman, Sungai Ibok dan Kampung Yak Yah, Kemaman, Terengganu pada 1 Mei 2019. Program ini dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama IPTA & IPTS daerah Kemaman, NGO-NGO dan masyarakat Daerah Kemaman.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP TICPRO 2019

Majlis Perasmian Penutup TVET Innovation & Creativity Project Competition (TICPRO) 2019 telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Hj. Mahfuz bin Hj. Omar pada 30 April 2019 di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kemaman. Turut hadir sama adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Tn. Hj. Zaihan bin Shukri. Majlis berlangsung dalam suasana…