LAWATAN INDUSTRI

30 Mac 2021. Seramai 18 orang pelajar semester akhir kursus Diploma Teknologi Binaan (Sivil & Struktur) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke tapak projek Syarikat SY Bina Mahligai Resources yang terletak di Air Putih dan Kijal. Pihak syarikat telah berkongsi tentang keselamatan, keadaan sebenar dan kerja-kerja pembinaan di tapak. Selain itu, pihak ADTEC Kemaman juga…

AKTIVITI MPP

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Kemaman telah menjalankan aktiviti ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’ di Kalang Warisan, Kuala Terengganu, pada 27 Mac 2021 semasa program Lawatan Majlis Perwakilan Pelajar di Kuala Terengganu. Di samping itu, pelajar juga melakukan pelbagai aktiviti berkumpulan yang mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan MPP.