HARI MENGUNDI MPP 2019

Pada 30 Januari 2019 telah diadakan hari mengundi bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Semua pelajar telah mula beratur untuk mengundi tepat jam 9:00 pagi di Dewan Besar. Para pelajar telah diberi kuasa penuh untuk memilih pucuk pimpinan MPP 2019 daripada 28 orang calon. Pengundian dijalankan secara atas talian dan telah berlangsung dengan lancar.

MESYUARAT AGUNG KKSK KALI KE-8

Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan (KKSK) ADTEC Kemaman untuk kali ke-8 telah berlangsung pada 30 Januari 2019 di Dewan Kuliah Utama. Mesyuarat telah dimulakan dengan pendaftaran ahli dan seterusnya sesi pengundian atas talian bagi Jawatankuasa KKSK sesi 2019/2010. Tepat jam 10.30 pagi, mesyuarat diteruskan dengan acara nyanyian lagu negaraku, bacaan doa dan ucapan Pengerusi…