GOTONG-ROYONG BUBUR ASYURA

Kakitangan bersama pelajar-pelajar ADTEC Kemaman dengan kerjasama Jawatankuasa Surau dan Kelab Kebajikan & Sukan (KKSK) ADTEC Kemaman telah menjayakan program gotong- royong memasak bubur asyura pada 25 September 2019 untuk diagihkan kepada semua warga ADTEC Kemaman dan masyarakat sekitar. Program ini dijalankan bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara semua warga ADTEC Kemaman.

LAWATAN DARI SMK TEJA PUTRA

24/09/2019 (Selasa) – Lawatan bermaklumat SMK Teja Putra ke ADTEC Kemaman. Seramai 41 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring telah hadir mendengar taklimat dan melawat ke Bahagian Teknologi Automotif dan Bahagian Teknologi Elektrik Kuasa.